Akta Kanak-kanak

Published:

AKTA-AKTA

Anti Pemerdagangan Orang 2007

Rang Undang-Undang Anti Pemerdagangan Orang ini merupakan satu rang undang-undang yang telah lama dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jenis dan sebab pemerdagangan wanita dan kanak-kanak termasuk buruh paksaan, pelacuran paksaan, penyeludupan bayi, industri pornografi, perdagangan dadah, pengantin perempuan secara kiriman ataupun paksaan, buruh kanak-kanak, penjualan organ badan, pelajar asing dan sebagainya.

Akta Kanak-kanak 2001

Undang-undang untuk mengkonsolidasikan dan mengubah undang-undang yang berkaitan dengan penjagaan, perlindungan, dan pemulihan kanak-kanak dan menyediakan untuk hal-hal berhubung berserta maupun insedentil dengannya.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1999 (Akta 521)

Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah keluarga.Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

Diperbuat undang-undang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut

Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Lady using a tablet
Lady using a tablet

Professional

Essay Writers

Lady Using Tablet

Get your grade
or your money back

using our Essay Writing Service!

Essay Writing Service

Akta Pusat Jagaan 1993 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat-pusat jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)

Suatu Akta yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang- undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Akta Perlindungan Wanita Dan Gadis 1973 (Akta 106)

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan.wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988

Bertujuan memberi kuasa kepada Kerajaan melalui mengesan, membeku, dan merampas asset pengedar.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 Pindaan 1998

Bertujuan untuk menjalankan ujian air kencing kepada seseorang jika disyaki sebagai penagih dadah.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang di dapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Dadah Berbahaya, 1952

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.